TOKYO: Sebuah sekolah menengah di Jepun menarik diri daripada kejohanan besbol musim panas paling berprestij negara itu selepas tular laporan mengenai insiden buli melibatkan pasukan besbol sekolah berkenaan, menurut kenyataan rasmi semalam. Sekolah Tinggi Koryo dari wilayah Hiroshima membuat keputusan menarik diri daripada Kejohanan Besbol Sekolah Tinggi Jepun dikenali sebagai Koshien, yang disiarkan secara langsung kepada jutaan penonton di seluruh negara setiap tahun. Kejohanan ini pernah melahirkan pemain-pemain ternama Jepun…