WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan kontroversi pada Isnin apabila mencadangkan rakyat AS mungkin mahukan seorang diktator, ketika beliau menandatangani beberapa perintah bagi memperketat kawalan persekutuan di Washington. Trump memberitahu, beliau tidak menerima penghargaan atas tindakan tegasnya terhadap jenayah dan imigresen menggunakan bantuan Pengawal Kebangsaan. “Mereka kata ‘kita tak perlukan dia. Kebebasan, kebebasan. Dia diktator. Dia diktator.’ Ramai orang kata: ‘Mungkin kita suka diktator,’” ujar Trump kepada wartawan. Namun,…