SAN FRANCISCO: Meta melaporkan telah menutup hampir 7 juta akaun WhatsApp dalam separuh pertama tahun ini selepas dikenal pasti terlibat dengan kegiatan penipuan dan syarikat itu kini meningkatkan langkah keselamatan untuk mengekang aktiviti tersebut, pada Selasa. “Kami mengenal pasti dan menyekat akaun-akaun ini sebelum kumpulan jenayah yang menciptanya sempat menggunakannya,” kata Pengarah Hal Ehwal Luar WhatsApp, Clair Deevy. Penipuan yang sering dikendalikan oleh sindiket terancang tersebut merangkumi pelaburan mata wang…










