Mesir sangkal dakwaan minta Hamas serah senjata sebagai 'cagaran' masa depan Gaza - Utusan Malaysia

Mesir sangkal dakwaan minta Hamas serah senjata sebagai ‘cagaran’ masa depan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sumber kanan Mesir menafikan dakwaan media Israel berhubung Kaherah mencadangkan satu pelan menyaksikan Hamas akan menyerahkan senjata mereka kepada Mesir sebagai ‘cagaran sementara’, menurut laporan Cairo News pada Selasa.

Penafian itu dibuat sebagai respon terhadap laporan media Israel yang mendakwa Mesir mengemukakan cadangan supaya senjata milik Hamas dipindahkan ke dalam jagaan Mesir sebagai “deposit tanpa had masa” bagi masa depan Gaza.

Menurut sumber Mesir yang tidak dinamakan, tiada cadangan seperti itu pernah dikemukakan.

Sumber tersebut menjelaskan pelan sebenar yang dibawa oleh Mesir dan Qatar, dan telah diterima oleh Hamas, hanyalah termasuk gencatan senjata selama 60 hari sebagai sebahagian daripada rundingan damai.

“Rundingan untuk gencatan senjata kekal antara Israel dan Hamas akan bermula sebaik sahaja pelaksanaan perjanjian dimulakan,” tambah sumber itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, berkata pada Selasa “kemajuan ketara telah dicapai” dalam rundingan gencatan senjata berkaitan Gaza.

Kenyataan itu hadir selepas pengumuman pada Isnin bahawa Hamas meluluskan satu cadangan baharu oleh pihak pengantara, yang merangkumi pertukaran tahanan dan penamatan perang di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN