CALI: Lima orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah bom kenderaan meletup berhampiran sebuah pangkalan tentera di jalan sibuk di bandar Cali, Colombia pada Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan. Polis memaklumkan bom itu menyasarkan Sekolah Penerbangan Tentera Marco Fidel Suarez. “Terdengar bunyi letupan kuat berhampiran pangkalan udara dengan ramai yang cedera. Rumah yang terletak di depan pangkalan juga rosak teruk,” kata saksi berusia 65 tahun, Hector Fabio Bolanos kepada…