LONDON: Kecederaan akibat bom dan peluru tentera Israel menyumbang hampir separuh daripada jumlah rawatan pesakit luar yang dikendalikan oleh pertubuhan perubatan Médecins Sans Frontières (MSF) di Gaza tahun lalu, menurut data yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet. Angka itu turut mendedahkan hampir satu per tiga daripada pesakit luar yang dirawat akibat kecederaan tersebut adalah kanak-kanak, sekali gus menonjolkan lagi impak kemanusiaan yang mengerikan ke atas penduduk awam Palestin selepas…