Kematian petugas media di Gaza terus diratapi dunia

Kematian petugas media di Gaza terus diratapi dunia

DARI kiri (atas) Hussam Al-Massri, Moath Abu Taha, Mohammad Salama, Mariam Abu Dagga dan Ahmed Abu Aziz.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel berdepan kecaman antarabangsa selepas dua serangan berturut-turut terhadap Hospital Nasser di Khan Younis, Gaza pada Isnin mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang termasuk lima wartawan, empat petugas kesihatan dan anggota penyelamat.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, serangan berganda dengan jarak hanya beberapa minit itu menyasarkan tingkat empat kompleks perubatan tersebut sebelum mengenai pasukan ambulans dan penyelamat yang tiba selepas serangan pertama.

Antara wartawan yang terkorban ialah jurukamera Al Jazeera, Mohammad Salama; kontraktor Reuters, Hussam Al-Masri; wartawan bebas pernah berkhidmat dengan AP, Mariam Abu Dagga serta dua lagi wartawan bebas, Moath Abu Taha dan Ahmed Abu Aziz.

Dalam serangan berasingan pada hari sama, wartawan Hassan Douhan dari akhbar Al-Hayat Al-Jadida turut terbunuh selepas ditembak tentera Israel di khemah tempat tinggalnya.

Rakaman video menunjukkan suasana panik apabila letupan kedua menggegarkan bangunan ketika usaha menyelamat sdijalankan dan Al Ghad TV turut merakam serangan kedua itu l.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mengakui wartawan dan pasukan penyelamat terbunuh, menyifatkan insiden itu sebagai ‘kecelakaan tragis’ namun mempertahankan tindakan itu menyasarkan kamera di bumbung hospital yang didakwa digunakan Hamas untuk memantau pergerakan tentera rejim.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel, Brigedier Jeneral Effie Defrin mendakwa pihaknya tidak sengaja menyasarkan orang awam.

Persatuan Akhbar Asing di Israel dan Wilayah Palestin menyifatkan serangan itu antara yang paling dahsyat terhadap wartawan antarabangsa sejak perang bermula.

Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini menegaskan, serangan itu adalah cubaan rejim Zionis untuk menutup suara terakhir yang melaporkan kebuluran kanak-kanak di Gaza.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengecam pembunuhan tersebut dan menggesa siasatan bebas serta perlindungan terhadap wartawan dan petugas perubatan.

Doctor Without Borders (MSF) menyifatkan serangan itu menyasarkan satu-satunya hospital awam yang masih sebahagian berfungsi di selatan Gaza manakala Kesatuan Wartawan Palestin menyifatkannya sebagai bedilan kejam yang secara langsung menyasarkan kru media dan kewartawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN