MADRID: Lebih 1,000 orang dipindahkan pada Ahad di bahagian barat laut Sepanyol apabila kebakaran hutan merebak, dipacu oleh suhu yang melampau dan angin kencang, menurut pihak berkuasa. Sekitar 400 orang dipindahkan dari dalam dan sekitar bandar Carucedo, manakala 700 lagi dari beberapa pekan berhampiran Tapak Warisan Dunia UNESCO Las Médulas iaitu kawasan bekas lombong emas Rom yang terkenal dengan landskap merah yang unik. Ketua kerajaan wilayah Castile dan Leon, Alfonso…