Kadar tarif AS tidak berubah dalam masa terdekat

Kadar tarif AS tidak berubah dalam masa terdekat

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kadar tarif baharu Amerika Syarikat (AS) dijangka kekal dalam masa terdekat, kata penasihat perdagangan Presiden AS Donald Trump dalam satu temu bual.

Trump, yang menggunakan tarif sebagai alat untuk menunjukkan kekuatan ekonomi AS menetapkan kadar antara 10 hingga 41 peratus terhadap puluhan negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa 7 Ogos.

Dalam satu temu bual pra-rakam yang disiarkan menerusi program Face the Nation di saluran CBS, Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer berkata, perubahan terhadap kadar tarif dalam masa terdekat adalah tidak mungkin berlaku.

“Kebanyakan kadar ini ditetapkan mengikut perjanjian tertentu. Ada yang diumumkan, ada yang tidak dan ada yang bergantung kepada tahap defisit atau lebihan perdagangan. Kadar tarif ini pada asasnya sudah muktamad,” katanya.

Katanya, terdapat menteri perdagangan dari negara lain yang mahu berbincang dan mencari pendekatan baharu dengan AS.

Antara negara yang bakal terkesan adalah Brazil, selepas ekonomi terbesar Amerika Selatan itu dikenakan tarif setinggi 50 peratus.

Trump secara terbuka mengakui tindakan terhadap Brazil adalah sebagai hukuman terhadap pendakwaan terhadap sekutunya, bekas presiden Jair Bolsonaro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN