Jepun catat rekod suhu panas 41.8 darjah selsius

Jepun catat rekod suhu panas 41.8 darjah selsius

panas
Pejalan kaki membawa kipas mini bagi menyejukkan badan ekoran cuaca panas di Tokyo, Jepun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun mencatat rekod haba baharu pada hari Selasa, dengan suhu mencecah 41.8C, kata jabatan kaji cuaca negara itu.

Suhu di seluruh dunia telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila perubahan iklim mewujudkan corak cuaca yang semakin tidak menentu, dan Jepun tidak terkecuali.

Suhu terik di bandar Isesaki pada Selasa melepasi rekod sebelumnya di wilayah Hyogo iaitu 41.2C, yang dicatatkan minggu lalu.

Tokyo juga telah bergelut dengan panas melampau.

“Saya benar-benar bimbang tentang pemanasan global, tetapi apabila ia melibatkan kehidupan seharian saya, saya tidak boleh hidup tanpa menghidupkan penghawa dingin,” kata pekerja pejabat Mayomi Saito kepada AFP.

Bulan lalu, 38,608 orang dirawat di hospital kerana strok haba, data menunjukkan Selasa, turun daripada 43,195 pada Julai 2024. Minggu lalu terdapat 18 kematian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN