Penduduk Chiapas ganti susu bayi dengan Coca-Cola

Penduduk Chiapas ganti susu bayi dengan Coca-Cola

PENDUDUK Chiapas menjadikan minuman ringan seperti Coca-Cola sebagai makanan utama akibat kekurangan bekalan air bersih. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHIAPAS: Di sebuah pekan terpencil di kawasan pergunungan Mexico, kekurangan air bersih mendorong penduduk menggantikan keperluan harian mereka dengan minuman ringan Coca-Cola.

Di negeri termiskin dan paling selatan Mexico, Chiapas, minuman bergas menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat tempatan dengan San Cristobal de las Casas kini dianggap antara kawasan yang paling ketagih Coca-Cola di dunia.

Menurut Pusat Penyelidikan Multidisiplin Chiapas dan Sempadan Selatan, sesetengah penduduk tempatan dipercayai mengambil sehingga dua liter Coca-Cola setiap hari, menjadikan jumlah tahunan sekitar 800 liter setiap orang.

Logo merah putih ikonik Coca-Cola menghiasi rak kedai, gerai jalanan malah tempat suci keagamaan. Ada juga penduduk memberi Coca-Cola dalam botol susu kepada bayi mereka, menggantikan susu akibat kesempitan hidup dan kekurangan sumber bersih.

Di pekan berdekatan San Andres, masyarakat Orang Asli menganggap Coca-Cola sebagai ‘emas cair’.

Dukun dan pengamal ritual tradisional menggunakan minuman itu dalam upacara keagamaan dengan kepercayaan ia mempunyai kuasa penyembuhan.

Dengan pertambahan populasi dan infrastruktur asas lemah, banyak kawasan hanya menerima bekalan air beberapa kali seminggu.

Hanya tujuh peratus isi rumah di Chiapas mempercayai air yang mereka miliki selamat untuk diminum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN