Israel memang mahu kuasai Gaza tapi bukan mentadbirnya - Netanyahu - Utusan Malaysia

Israel memang mahu kuasai Gaza tapi bukan mentadbirnya – Netanyahu

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan negara haramnya berhasrat menguasai sepenuhnya Semenanjung Gaza, namun tidak bercadang mentadbir wilayah itu secara langsung.

Kenyataan itu dibuat dalam satu temubual bersama Fox News, beberapa jam sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet Keselamatan untuk membincangkan peluasan kempen ketenteraan di Gaza, yang kini berlangsung lebih 22 bulan sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

“Kami mahu mengambil alih Gaza sepenuhnya, tetapi bukan untuk mengekalkannya di bawah pentadbiran kami.

“Kami mahu serahkan pentadbiran itu kepada negara Arab lain yang boleh mengurus tanpa mengancam Israel,” katanya.

Beliau turut menyatakan tentera Israel memerlukan perimeter keselamatan di Gaza, tetapi penyerahan wilayah itu akan dibuat kepada kuasa luar, bukan dikendalikan secara langsung oleh Israel.

Mesyuarat Kabinet dijangka membincangkan rancangan untuk operasi darat berskala besar, termasuk di kawasan yang dipercayai menempatkan tebusan Israel.

Daripada 251 orang yang diculik pada Oktober 2023, 49 masih berada di Gaza, dengan 27 daripadanya disahkan telah meninggal dunia.

Tindakan Netanyahu diragui ramai pihak, termasuk ahli keluarga tebusan dan rakyat Israel, yang berhimpun di luar pejabat perdana menteri di Baitulmuqaddis bagi menuntut perjanjian gencatan senjata.

“Satu-satunya jalan untuk selamatkan tebusan ialah hentikan perang ini,” kata Sharon Kangasa-Cohen, seorang daripada penunjuk perasaan.

Dalam kenyataannya, Hamas menuduh Netanyahu hanya mahu melanjutkan konflik demi kepentingan politik, tanpa mengambil kira nyawa tebusan.

Ketua Tentera Israel, Jeneral Eyal Zamir, dikatakan tidak bersetuju dengan rancangan penuh Netanyahu untuk menduduki semula Gaza.

Namun, Menteri Pertahanan Israel menegaskan bahawa tentera mesti melaksanakan dasar kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN