BAITULMUQADDIS: Menteri Kewangan sayap kanan Israel, Bezalel Smotrich, mengumumkan rancangan untuk meluluskan tender bagi pembinaan lebih 3,000 unit perumahan dalam projek penempatan haram E1, yang terletak antara Baitulmuqaddis dan Ma’ale Adumim di Tebing Barat. Smotrich berkata, langkah itu sekali gus ‘menguburkan idea negara Palestin’, selain menekankan ia sebahagian daripada pelan kedaulatan de facto yang sedang dilaksanakan kerajaan Israel. Projek E1 dibekukan selama beberapa dekad akibat bantahan masyarakat antarabangsa, yang bimbang…










