MADRID: Gelombang haba di Sepanyol tidak menunjukkan tanda-tanda reda apabila suhu terus meningkat sehingga 45 darjah Celsius, menyebabkan 20 kebakaran hutan besar tercetus di seluruh negara. Keadaan itu menyebabkan 500 lagi anggota tentera dikerah ke lokasi kebakaran, menjadikan seramai 1,900 tentera berada di seluruh negara bagi memadam kebakaran hutan. Di wilayah Galicia, 12 kebakaran utama mengelilingi bandar Ourense menyaksikan penduduk dipindahkan, rumah terancam dan asap tebal. Sehubungan itu, pihak berkuasa…










