KAHERAH: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata selama 60 hari yang dibentangkan oleh Mesir dan Qatar, dengan sokongan Amerika Syarikat (AS). Perjanjian ini akan menyaksikan separuh daripada tebusan Israel dibebaskan oleh Hamas dengan sebagai balasan, Israel akan membebaskan sejumlah tahanan Palestin dan serangan ketenteraan dihentikan sepenuhnya selama dua bulan. Seorang pegawai kanan Hamas, Basem Naim, mengesahkan persetujuan itu dalam media sosial, dan menyatakan faksi-faksi Palestin lain turut…