Gaji angkasawan NASA tidak setimpal?

Gaji angkasawan NASA tidak setimpal?

ANGKASAWAN NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams sebelum berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 5 Jun 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Menjadi angkasawan sering dianggap kerjaya idaman ramai kerana keunikan tugasnya yang tidak sama dengan rutin pejabat namun, di sebalik cabaran bekerja di angkasa lepas, gaji yang diterima tidaklah setinggi mana.

Bekas angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Nicole Stott, ketika ditanya mengenai pendapatan kerjayanya, hanya memberi jawapan ringkas ‘tidak banyak’.

“Saya hanyalah penjawat awam kerajaan. Menjadi angkasawan bukan kerana gaji lumayan,” katanya seperti dipetik LAD Bible.

Stott yang pernah berkhidmat dalam dua ekspedisi dan menghabiskan lebih 100 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), merupakan wanita ke-10 melakukan ‘spacewalk’ serta individu pertama mengendalikan lengan robotik ISS untuk menangkap kenderaan kargo.

Menurut NASA, purata gaji tahunan angkasawan adalah sekitar AS$152,258 (RM642,573), namun jumlah itu bergantung pada tahap pendidikan dan pengalaman serta bekas angkasawan lain mendedahkan elaun tambahan yang diterima amat kecil.

Cady Coleman, yang berada di ISS selama 159 hari pada 2010 hingga 2011, berkata dia hanya mendapat kira-kira AS$636 (RM2,679) sebagai bayaran ‘insidental’, iaitu kira-kira AS$4 (RM16) sehari.

Awal tahun ini, dua angkasawan NASA, Sunita Williams dan Butch Wilmore, yang terkandas selama sembilan bulan di ISS, dilaporkan hanya akan menerima bayaran tambahan sekitar AS$1,000 (RM4,213) selain gaji asas masing-masing antara AS$125,133 (RM527,163) hingga AS$162,672 (RM685,308) setahun.

Untuk rekod, Neil Armstrong menerima gaji AS$27,401 (RM115,435) pada 1969, menjadikannya anggota Apollo 11 dengan gaji tertinggi ketika misi bersejarah itu.

Kerjaya sebagai angkasawan juga amat sukar diceburi kerana proses pemilihannya sangat ketat di mana NASA hanya mengambil sekitar 0.08 peratus daripada jumlah pemohon setiap dua tahun untuk menjalani latihan intensif, dengan syarat fizikal dan mental yang sangat tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN