WASHINGTON: Bilionair teknologi, Elon Musk dilaporkan telah menarik diri secara senyap daripada rancangannya untuk menubuhkan sebuah parti politik ketiga di Amerika Syarikat (AS), menurut laporan The Wall Street Journal pada Selasa. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX yang sejak tahun lalu semakin lantang dalam arena politik termasuk menyokong Presiden AS, Donald Trump pernah mengumumkan pada Julai lalu beliau akan menubuhkan parti America bagi mencabar dominasi dua parti utama negara itu,…