GAZA: Situasi di Kompleks Perubatan Nasser, hospital terakhir yang masih berfungsi di selatan Gaza, semakin meruncing apabila kakitangannya sendiri berdepan kebuluran. Jururawat Palestin-Amerika, Amanda Nasser mendedahkan, kebuluran bukan sahaja menjejaskan orang awam dan pesakit, bahkan juga doktor serta jururawat yang bertugas tanpa henti. Beliau menyaksikan sistem kesihatan di wilayah itu berada di ambang kehancuran, ketika pengeboman berterusan dan sekatan Israel mengheret pesakit dan kakitangan perubatan ke dalam bencana kemanusiaan. Amanda,…