ISTANBUL: Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengumumkan penggantungan semua visa pelawat kepada penduduk Semenanjung Gaza, dengan alasan sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap proses dan prosedur pengeluarannya, lapor agensi berita Anadolu (AA). Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform X (dahulunya Twitter), Jabatan Negara AS memaklumkan semua visa pelawat untuk individu dari Gaza dihentikan sementara, sementara pihaknya menjalankan semakan penuh dan menyeluruh terhadap proses serta prosedur. “Ini termasuk semakan terhadap…










