POSO: Gempa bumi dengan magnitud 6.0 menggegarkan daerah Poso di Sulawesi Tengah awal pagi tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 29 orang cedera, termasuk dua dalam keadaan kritikal. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) melaporkan, gempa berlaku pada pukul 5.38 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gegaran terletak di daratan pada kedalaman 10 kilometer, namun tidak berpotensi mencetuskan tsunami. Gegaran kuat dirasakan selama kira-kira 15 saat di beberapa kawasan di Poso Pesisir, termasuk Desa…