LONDON: United Kingdom (UK) dijangka kehilangan seramai 16,500 jutawan pada tahun ini, menjadikannya negara dengan aliran keluar individu berpendapatan tinggi (HNWI) terbesar di dunia, menurut Henley Private Wealth Migration Report 2025 oleh firma perunding migrasi pelaburan, Henley & Partners. Laporan yang dikeluarkan pada Khamis itu meramalkan bahawa seramai 142,000 individu berpendapatan tinggi akan berpindah ke negara lain sepanjang 2025. UK dijangka mencatat aliran keluar bersih tertinggi, manakala Emiriah Arab Bersatu…










