WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan 10 lagi tebusan dijangka dibebaskan dari Gaza dalam tempoh terdekat, ketika usaha rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas terus berjalan. Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis makan malam bersama ahli Parlimen di Rumah Putih, dengan Trump turut memuji peranan utusan khasnya, Steve Witkoff, yang dikatakan memainkan peranan penting dalam rundingan tersebut. “Kita telah mendapatkan semula kebanyakan tebusan, dan ada 10 lagi yang akan dibebaskan tidak lama lagi. Kita berharap ia akan selesai dengan cepat,” kata Trump, tanpa mengulas lanjut mengenai tarikh atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya