WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi bayangan beliau mungkin mempertimbangkan untuk mengusir Elon Musk dari negara itu, susulan kritikan tajam bilionair itu terhadap rang undang-undang perbelanjaan utama yang menjadi sandaran pentadbiran Trump. Bercakap kepada wartawan di Rumah Putih, Trump turut menegaskan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), agensi yang pernah diterajui oleh Musk sebelum meletakkan jawatan pada akhir Mei mungkin akan diarahkan untuk menyiasat subsidi kerajaan yang dinikmati oleh tokoh industri Tesla dan SpaceX itu. “Saya tidak tahu kita akan lihat nanti,” ujar Trump apabila ditanya sama ada beliau serius…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya