WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa kumpulan pejuang Hamas untuk menerima gencatan senjata selama 60 hari di Gaza, dengan menyatakan Israel sudah bersetuju memuktamadkan syarat-syarat perjanjian tersebut. “Israel telah bersetuju dengan syarat-syarat yang diperlukan untuk memuktamadkan GENCATAN SENJATA selama 60 hari,” tulis Trump di Truth Social, sambil menambah wakil dari Qatar dan Mesir “akan menyampaikan cadangan akhir ini” kepada Hamas. “Saya berharap, demi kebaikan Asia Barat, agar Hamas menerima perjanjian ini, kerana ia tidak akan menjadi lebih baik — IA HANYA AKAN MENJADI LEBIH BURUK,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya