WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House pada 7 Julai ini, menurut seorang pegawai AS. Pertemuan itu diadakan ketika Trump terus mendesak satu perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dicapai serta baki tebusan dibebaskan. Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt memaklumkan kepada wartawan pada Isnin bahawa penasihat kanan Netanyahu, Ron Dermer kini berada di Washington untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan pentadbiran Trump. Seorang pegawai Israel yang berada di Washington turut mengesahkan pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya