TEHERAN: Iran pada Isnin menyatakan tiada rundingan nuklear baharu dengan Amerika Syarikat (AS) akan diadakan sekiranya Washington meletakkan syarat supaya Teheran menghentikan aktiviti pengayaan uranium. Washington dan Teheran terlibat dalam beberapa pusingan rundingan bagi mencapai perjanjian mengenai program nuklear Republik Islam itu, namun Israel menggagalkan rundingan tersebut apabila ia melancarkan gelombang serangan mengejut ke atas musuh serantaunya, mencetuskan perang selama 12 hari. Iran dan AS memberi isyarat kesediaan untuk kembali ke meja rundingan, walaupun Teheran menegaskan ia tidak akan melepaskan haknya untuk menggunakan tenaga nuklear secara aman. “Jika rundingan mesti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya