Tiada lagi wartawan di Gaza jika ramai mati kebuluran

Tiada lagi wartawan di Gaza jika ramai mati kebuluran

WARTAWAN AFP, Bashar Taleb ketika membuat liputan di Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa agensi berita utama dunia, termasuk BBC News, Agence France-Presse (AFP), Reuters dan Associated Press (AP) mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap nasib wartawan di Gaza yang berdepan kebuluran dan tidak lagi mampu menyara keluarga masing-masing.

Dalam kenyataan itu, mereka menyatakan para wartawan Palestin, yang merupakan satu-satunya sumber liputan dari medan konflik susulan larangan Israel terhadap kemasukan wartawan antarabangsa ke Gaza, kini menghadapi ancaman kebuluran sama seperti penduduk setempat.

“Kami amat bimbang terhadap rakan wartawan kami di Gaza yang kini semakin tidak mampu untuk memberi makan kepada diri dan keluarga mereka,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, wartawan lazimnya sudah terbiasa menghadapi pelbagai kekangan dan penderitaan di zon konflik, namun ancaman kebuluran adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan luar biasa.

“Kami sekali lagi menggesa pihak berkuasa Israel agar membenarkan kemasukan dan keluar masuk wartawan ke Gaza.

“Sangat penting untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dapat disalurkan kepada penduduk di sana,” menurut kenyataan itu.

Sejak beberapa bulan lalu, agensi berita antarabangsa telah berkali-kali merayu kepada pihak Israel agar membenarkan pergerakan lebih bebas kepada wartawan, namun rayuan itu menjadi semakin mendesak sejak akhir-akhir ini berikutan keadaan fizikal wartawan di Gaza yang dilaporkan semakin merosot.

AFP dalam satu permintaan terbaharu merayu kepada Israel agar membenarkan pemindahan segera wartawan sambilan mereka bersama keluarga keluar dari Gaza.

Rayuan itu dibuat setelah wartawan berkenaan melaporkan mereka tidak lagi mampu meneruskan kerja kerana ancaman kebuluran yang semakin parah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan wartawan AFP, mereka memberi amaran tanpa campur tangan segera, wartawan terakhir di Gaza akan mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN