WASHINGTON: Terdapat kemungkinan Amerika Syarikat (AS) dan Israel akan melancarkan serangan sekali lagi terhadap dua tapak nuklear Iran sekiranya Teheran tidak bersetuju memulakan rundingan dalam masa terdekat. Kemungkinan itu timbul selepas laporan terbaharu mendedahkan hanya satu daripada tiga tapak nuklear Iran yang benar-benar terjejas akibat serangan bom bunker AS sebelum ini. Susulan itu, pegawai AS dan Israel berbincang untuk melancarkan satu lagi serangan bagi memusnahkan dua lagi tapak nuklear Iran…










