TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan beliau akan menghantar satu delegasi ke Qatar pada Ahad bagi menyambung rundingan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Semenanjung Gaza, selepas Hamas menyatakan kesediaan untuk memulakan rundingan serta-merta. Bagaimanapun, Netanyahu yang dijadualkan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Washington pada Isnin, menyifatkan cadangan penambahbaikan oleh Hamas terhadap draf perjanjian gencatan senjata tajaan AS sebagai tidak boleh diterima. Trump kini giat…










