WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengakui serangan tentera Israel yang mengenai satu-satunya gereja Katolik di Gaza sehingga mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan beberapa lagi adalah satu kesilapan, menurut Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Perkara itu dimaklumkan oleh Trump dalam satu sidang media pada Khamis, selepas mengadakan panggilan telefon dengan Netanyahu bagi membincangkan insiden berkenaan. Jurucakap White House, Karoline Leavitt, menjelaskan Trump tidak menyambut baik kejadian tersebut dan telah…