NEW DELHI: Perletakan jawatan mengejut Naib Presiden India, Jagdeep Dhankhar, pada malam Isnin mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai punca sebenar di sebalik keputusan itu. Dhankhar, yang juga Pengerusi Dewan Negara (Rajya Sabha), mengumumkan pengundurannya pada hari pertama sidang Parlimen musim monsun atas sebab masalah kesihatan. Dhankhar, 74, mula memegang jawatan pada Ogos 2022 dan sepatutnya berkhidmat sehingga 2027. Setakat ini, parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) yang mencalonkan beliau jawatan tersebut belum…










