NEW DELHI: Dua persatuan juruterbang utama India menolak dakwaan kesilapan manusia menjadi punca nahas penerbangan Air India AI171, yang meragut 260 nyawa pada 12 Jun lalu. Mereka menyifatkan tuduhan awal itu sebagai tidak berasas dan bersifat prejudis sebelum siasatan rasmi diselesaikan. Persatuan Juruterbang Komersial India (ICPA) dan Persatuan Juruterbang India (ALPA India) menegaskan segala spekulasi yang dikaitkan dengan punca nahas, termasuk kemungkinan tindakan disengajakan oleh juruterbang, adalah tidak bertanggungjawab serta…