NEW DELHI: Sekumpulan penduduk kampung di India membunuh lima sekeluarga sebelum membuang mayat mereka ke dalam tasik, selepas menuduh keluarga itu mengamalkan ilmu sihir berikutan kematian seorang budak lelaki, menurut pihak polis. Tiga individu telah ditahan dan mengaku terlibat dalam kejadian kejam itu, kata polis negeri Bihar dalam satu kenyataan pada Selasa. Mangsa termasuk tiga wanita dengan salah seorang daripadanya berusia 75 tahun. “Suspek utama mempercayai bahawa kematian anak lelakinya baru-baru ini berpunca daripada salah seorang mangsa dan menuduh mangsa dan keluarganya mengamalkan ilmu sihir,” menurut kenyataan polis. Selepas memukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya