Lelaki kahwini tunang anak, bawa lari barang kemas

Lelaki kahwini tunang anak, bawa lari barang kemas

eorang lelaki berusia 55 tahun di India mengejutkan seluruh keluarganya apabila melarikan diri bersama tunang anaknya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTTAR PRADESH: Seorang lelaki berusia 55 tahun di India mengejutkan seluruh keluarganya apabila melarikan diri bersama tunang anaknya dan membawa lari barang kemas serta simpanan keluarga.

Kejadian luar biasa ini berlaku di Rampur, sebuah kampung di negeri Uttar Pradesh, India membabitkan Shakeel, bapa kepada enam anak yang berkahwin dengan Ayesha berusia 22 tahun dari kampung berdekatan.

Ayesha sepatutnya menjadi isteri kepada anak lelakinya yang berumur 17 tahun.

Menurut isterinya, Shabbana, Shakeel yang berkeras mahu mengahwinkan anak mereka, Aman dengan Ayesha walaupun dia membantah kerana faktor kewangan dan usia Aman yang masih muda.

Segalanya menjadi nyata apabila Shakeel menelefon dari Delhi dan memaklumkan dia sudah berkahwin dengan Ayesha.

“Wanita yang sepatutnya menjadi menantu saya kini menjadi masu saya,” kata Shabbana kepada media tempatan.

Shakeel kerap mengunjungi Ayesha dengan alasan membuat persiapan perkahwinan.

Namun, Shabbana mengesyaki ada hubungan sulit antara mereka dan pernah menegur suaminya, tetapi dia didakwa menerima layanan kasar dan penderaan lisan serta fizikal.

Shabbana kemudiannya mengumpul bukti dan apabila anak mereka, Aman, melihat mesej-mesej peribadi antara Shakeel dan Ayesha, dia membatalkan perkahwinan tersebut.

Beberapa minggu kemudian, Shakeel yang kononnya pergi ke Delhi atas urusan kerja, menghubungi keluarga dan memberitahu dia sudah berkahwin dengan Ayesha.

Shakeel turut membawa lari barang kemas milik keluarganya serta lebih 200,000 rupee (RM11,500) wang simpanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN