TIANSHUI: Lebih 200 murid tadika di Tianshui, wilayah barat laut China dikesan mengalami paras plumbum luar biasa dalam darah selepas kakitangan dapur sekolah menggunakan cat sebagai pewarna makanan, sekali gus mencetuskan kemarahan umum terhadap satu lagi insiden keselamatan makanan di negara itu. Menurut laporan yang dikeluarkan pihak berkuasa bandar Tianshui semalam, lapan individu termasuk pengetua dan pelabur kewangan tadika swasta berkenaan telah ditahan atas dakwaan menghasilkan makanan toksik dan berbahaya. Hasil siasatan mendapati pengetua Tadika Heshi Peixin bersama pelaburnya telah membenarkan kakitangan dapur menggunakan pigmen cat yang mengandungi plumbum dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya