PERTH: Pengembara warga Jerman, Carolina Wilga yang hilang selama 11 hari di kawasan gurun terpencil Australia Barat mendedahkan dia meninggalkan kenderaannya dalam keadaan keliru selepas mengalami kecederaan kepala akibat kemalangan jalan raya. Dalam kenyataan pertamanya pada Isnin, selepas diselamatkan oleh seorang wanita tempatan bernama Tania pada petang Jumaat, Wilga, 26, menjelaskan insiden yang membawa kepada kehilangannya. “Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya mengapa saya tinggalkan kereta walaupun ada bekalan air, makanan dan…