HEBRON: Pihak berkuasa Israel memindahkan sebahagian kuasa pentadbiran ke atas Masjid Ibrahimi di Hebron daripada Majlis Perbandaran Hebron yang dikendalikan oleh Palestin kepada majlis agama Yahudi dari penempatan haram Kiryat Arba, menurut laporan akhbar Israel Hayom pada Selasa. Langkah ini disifatkan sebagai ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’ dan dilihat sebagai perubahan besar terhadap status quo di tapak suci itu yang dikenali oleh umat Islam sebagai Masjid Ibrahimi dan oleh orang…










