TEL AVIV: ‘Bandar kemanusiaan’ yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan Israel untuk dibina di atas runtuhan Rafah sebenarnya adalah sebuah kem tahanan untuk rakyat Palestin. Perkara itu didedahkan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, yang turut memberi amaran memaksa rakyat Palestin masuk ke dalam kem tersebut boleh dianggap sebagai tindakan pembersihan etnik. Menurut Olmert, Israel sudah pun melakukan jenayah perang di Gaza serta Tebing Barat, dan pembinaan kem tersebut akan menjadi…










