TEL AVIV: Tentera Israel akan mengeluarkan 54,000 notis seruan wajib kepada pelajar seminari ultra-Ortodoks Yahudi bulan ini, susulan keputusan Mahkamah Agung yang membatalkan pengecualian lama ketika keadaan pasukan simpanan semakin tertekan akibat tugasan berpanjangan. Keputusan Mahkamah Agung tahun lalu menamatkan dasar pengecualian tentera terhadap pelajar agama yang telah diamalkan selama beberapa dekad. Ketika itu komuniti ultra-Ortodoks masih kecil, berbanding kira-kira 13 peratus daripada populasi Israel hari ini. Perkhidmatan ketenteraan diwajibkan ke atas kebanyakan lelaki Yahudi Israel bermula pada usia 18 tahun selama antara 24 hingga 32 bulan, diikuti perkhidmatan simpanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya