GAZA: Seorang remaja Palestin berusia 17 tahun yang pernah digelar sebagai bekas tahanan termuda di dunia, terbunuh dalam serangan udara Israel terhadap Gaza awal pagi Sabtu, menurut Pejabat Media Tahanan Palestin, lapor agensi Anadolu. Youssef al-Zuq maut apabila sebuah dron Israel menyerang apartmen keluarganya di Jalan Al-Thawra, Bandar Gaza dalam satu serangan yang turut menyebabkan kematian dan kecederaan ramai. Youssef dilahirkan pada 2008 di dalam penjara Israel selepas ibunya, Fatima al-Zuq ditahan setahun sebelumnya ketika keluar dari Gaza untuk mendapatkan rawatan perubatan. Beliau hanya mengetahui dirinya hamil semasa dalam tahanan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya