WASHINGTON: Pihak berkuasa Medicaid didakwa membuat perjanjian dengan Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan ejen imigresen mengakses pangkalan data peribadi rakyat termasuk alamat rumah, nombor keselamatan sosial dan etnik individu. Perjanjian perkongsian data itu, menurut dokumen yang diperoleh oleh Associated Press (AP) membolehkan ICE mengesan lokasi pendatang asing. Medicaid merupakan penyedia insurans kesihatan terbesar di negara itu meliputi 79 juta rakyat berpendapatan rendah, orang kurang…










