HRW dakwa India hantar ratusan etnik Muslim ke Bangladesh tanpa proses sewajarnya - Utusan Malaysia

HRW dakwa India hantar ratusan etnik Muslim ke Bangladesh tanpa proses sewajarnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India didakwa menghantar ratusan etnik Muslim berbahasa Bengali ke Bangladesh tanpa melalui proses undang-undang yang sewajarnya, kata Human Rights Watch (HRW) pada hari Khamis, sambil menuduh kerajaan India melanggar peraturan dan menyemarakkan diskriminasi berasaskan agama.

Kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi sudah lama mengambil pendirian tegas terhadap isu imigresen,  khususnya dari negara jiran majoriti Muslim, Bangladesh dengan pemimpin-pemimpin tertinggi merujuk kepada pendatang sebagai anai-anai dan ‘penceroboh’

Pengkritik turut menuduh kerajaan mencetuskan ketakutan dalam kalangan kira-kira 200 juta umat Islam di India, terutamanya mereka yang berbahasa Bengali  iaitu bahasa yang digunakan secara meluas di timur India dan di Bangladesh.

HRW, sebuah pertubuhan bukan untung berpangkalan di New York, berkata India secara paksa mengusir lebih daripada 1,500 lelaki, wanita dan kanak-kanak Muslim ke Bangladesh antara 7 Mei hingga 15 Jun, berdasarkan kenyataan pihak berkuasa Bangladesh.

“Parti pemerintah India, BJP (Parti Bharatiya Janata), menyemarakkan diskriminasi dengan mengusir Muslim Bengali secara sewenang-wenangnya, termasuk warganegara India sendiri.

“Kerajaan India meletakkan ribuan orang terpinggir dalam bahaya, kononnya atas alasan membanteras pendatang tanpa izin, namun tindakan mereka mencerminkan dasar-dasar diskriminasi yang lebih luas terhadap umat Islam,” kata Elaine Pearson, pengarah Asia di HRW.

New Delhi bertegas bahawa mereka yang diusir ialah pendatang tanpa dokumen.

Namun, dakwaan pihak berkuasa bahawa pengusiran ini adalah untuk menangani masalah imigresen haram disifatkan sebagai tidak meyakinkan.

HRW berkata ia telah menghantar penemuan dan soalan kepada Kementerian Dalam Negeri India, tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN