ADEN: Kumpulan pemberontak Houthi di Yaman pada Selasa mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke arah Lapangan Terbang Ben Gurion, yang terletak di tengah Israel, menurut laporan agensi berita Xinhua. Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, dalam kenyataan yang disiarkan menerusi saluran televisyen al-Masirah yang dikendalikan kumpulan itu, berkata mereka melaksanakan “operasi ketenteraan khas” menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik jenis Palestine-2 yang menyasarkan lapangan terbang utama di Tel Aviv itu. Sarea mendakwa serangan tersebut berjaya mengenai sasaran, menyebabkan jutaan penduduk terpaksa berlindung serta mengganggu operasi lapangan terbang berkenaan. Selain itu, beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya