KAHERAH: Hamas pada Rabu mengesahkan sedang meneliti cadangan gencatan senjata terbaharu yang digelar sebagai tawaran akhir oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, namun menegaskan bahawa penarikan keluar tentera Israel dari Gaza adalah syarat utama untuk sebarang perjanjian damai. Trump pada Selasa berkata Israel telah bersetuju dengan syarat yang diperlukan bagi memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari dengan Hamas selepas pertemuan yang disifatkannya sebagai panjang dan produktif antara wakil AS…










