GAZA: Sayap bersenjata kumpulan Hamas, Briged Izzudin Al-Qassam, menuduh Israel sebagai pihak yang menggagalkan usaha mencapai perjanjian gencatan senjata sementara serta pertukaran tebusan di Semenanjung Gaza. Jurucakap briged itu, Abu Obaida, dalam satu kenyataan video pada Jumaat berkata, Hamas sentiasa mengemukakan cadangan untuk satu perjanjian menyeluruh yang melibatkan pembebasan semua tebusan serentak. Namun katanya, Israel menolak tawaran tersebut. “Kami telah mencadangkan perjanjian yang menyeluruh untuk membebaskan semua tebusan sekaligus, tetapi…










