JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan 23 lagi telah diselamatkan selepas sebuah feri yang membawa 65 penumpang karam ketika dalam perjalanan ke pulau Bali di Indonesia, kata seorang ketua polis tempatan pada Khamis.
“Sebanyak 23 orang diselamatkan, empat maut,” Rama Samtama Putra, ketua polis bandar Banyuwangi Jawa Timur, memberitahu AFP.
Beliau berkata, berrkata itu adalah kemas kini terkini setakat pukul 7:50 pagi waktu tempatan.
Agensi penyelamat tempatan sebelum ini berkata 61 orang hilang. – AFP