BEIJING: Satu kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat luar biasa meragut empat nyawa dan menyebabkan lapan hilang di wilayah Hebei, utara China. Tanah runtuh di Bandar Chengde itu berlaku disebabkan hujan lebat, lapor penyiar negara CCTV. Jabatan pengurusan kecemasan negara memaklumkan mereka menghantar pasukan untuk memeriksa keadaan banjir yang teruk di Hebei, yang mengelilingi ibu negara Beijing. Sebahagian besar kawasan di utara China dilanda banjir dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan hujan rekod di Hebei mengorbankan dua orang pada hari Sabtu, menurut media rasmi. Di daerah Fuping, lebih 4,600 orang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya