BEIJING: Tanah runtuh akibat hujan lebat luar biasa mengorbankan empat orang dan lapan lagi hilang di wilayah Hebei, utara China, kata media kerajaan pada Isnin.
Hujan lebat turut memaksa ribuan orang berpindah.
Jabatan pengurusan kecemasan negara berkata telah menghantar pasukan untuk memeriksa banjir di Hebei, yang mengelilingi ibu kota Beijing.
Kawasan utara China telah ditenggelami air beberapa hari kebelakangan ini, dengan rekod hujan di Hebei mengorbankan dua orang pada hari Sabtu, kata media kerajaan.
Di Fuping, lebih 4,600 orang telah dipindahkan pada hujung minggu, katanya.
Dan di wilayah jiran Shanxi, seorang diselamatkan dan 13 hilang selepas kemalangan bas, lapor CCTV.
Rakaman dari penyiar menunjukkan jalan raya di Shanxi dan ladang tanaman ditenggelami air deras pada Ahad. – AFP