TEL AVIV: Amerika Syarikat (AS) menyalahkan Hamas sebagai dalang serangan terhadap dua petugas pusat agihan makanan dikendalikan Gaza Humanitarian Foundation (GHF) di Gaza. Organisasi bantuan yang disokong AS dan Israel itu dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua mangsa kini menerima rawatan perubatan dan berada dalam keadaan stabil serta tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. “Berdasarkan maklumat awal, serangan itu dipercayai dilakukan oleh dua individu yang melemparkan dua bom tangan ke arah petugas warga AS selepas satu pengagihan makanan berjaya dilaksanakan, melibatkan ribuan penduduk Gaza yang menerima bantuan dengan selamat,” kata GHF…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya