WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan negara itu tidak menyokong serangan terbaharu yang dilancarkan Israel terhadap wilayah Syria, kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tammy Bruce, pada Khamis. Kenyataan itu hadir ketika Presiden sementara Syria, Ahmed al-Sharaa, menuduh Israel cuba memecahbelahkan negaranya dan berikrar untuk melindungi komuniti minoriti Druze. “Berkaitan campur tangan dan tindakan Israel, AS tidak menyokong serangan tersebut. “Kami sedang menjalankan usaha diplomatik dengan Israel dan Syria di peringkat tertinggi…